Selasa, 2009 Mac 10

Part 6 - Trip To Shah Alam ( Akhir )

28 Februari 2009 ~ Semasa perjalanan pulang dari KL ke KK, biasalah kalau duduk hampir dua jam lebih dalam kapal terbang. Pasti rasa boring.

Cuaca pada ketika itu kurang baik. Dan sedikit rasa cemas bila kapal tersebut mula turun dengan cara yang sedikit mengejutkan. Ingatkan aku saja yang merasa keadaan itu. Bila aku perhatikan Salleh dan abang Ramli yang duduk disebelah pun merasakan perkara yang sama. Diam seketika. Yati yang duduk di hujung berhampiran tingkap pun turut kerisauan. Begitu juga Elny.

Alhamdulillah. Akhirnya kami selamat mendarat di lapangan terbang KKIA lebih kurang jam 5 lebih ( petang ).

Gembira.

Masih terasa penat. Esoknya ( 29 Feb ) ada meeting dalaman dan kena hadir. Ingatkan nak ambil cuti sehari sebab terasa benar keletihannya. Tapi tak boleh disebabkan ada meeting.


Pun begitu trip kali ini bersama - sama dengan rakan - rakan yang lain ( JK Ruang ) amat menyeronokkan. Bagi aku secara peribadi lawatan kali ini aku letakkan 'all in one' sebab bukan sahaja aku dapat input untuk JK Ruang malah untuk UPK itu sendiri kerana kesempatan yang ada untuk melihat keadaan di Kampus Shah Alam dan secara tidak langsung akan dapat memberikan aku sedikit gambaran untuk meningkatkan UPK di tempat ku sendiri.

Dan bila diperhati beza memang jauh berbeza antara UPK Sabah dengan UPK Shah Alam. Itu baru melihat di kawasan pejabatnya. Tapi aku akan cuba perlahan - lahan untuk menambahbaik mana yang perlu agar tidak terlalu ketara perbezaannya.

Semoga usaha murni ini akan mendapat sokongan sepenuhnya. InsaAllah.

Isnin, 2009 Mac 09

Part 5 : Trip To Shah Alam

Masih belum habis lagi aku bercerita tentang perjalanan trip ke Shah Alam. Masih tergantung disebabkan sibuk ngan beberapa perkara sejak balik dari Shah Alam hari tu.

Aku nak sambung ngan kejadian pasal HP aku tu. Sebenarnya reminder aku mengingatkan aku pada hari ulangtahun adik lelaki aku.

So, Hepi Belated bday to him ( Rusli ) semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, selamat dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Cerita pasal trip tu, aktiviti kami pada 27 Februari 2009 ialah membuat lawatan ke tempat premis perniagaan yang ada di Kampus UiTM Shah Alam. Tapi bukannya semua tempat kami pegi.

Lawatan kami pada hari itu agak sedikit terhad disebabkan keterbatasan masa yang ada. Tambahan pula hari tu adalah hari Jumaat. Program rasmi kami sudah berakhir dan esok kami akan balik ke Sabah. Kesempatan yang ada petang itu kami gunakan sebaiknya. Kami beramai - ramai pegi KL naik komuter.

Ronda2 di KL sampai kepenatan. Kami balik hotel pun lebih kurang jam 1 pagi sebab duduk lepak lagi ngan husband Kak Kiah.

Mata dah mengantuk. Tapi sebelum tu kena kemas dulu mana - mana barang yang nak dikemaskan supaya esok tak kelam kabut.

To Be Continue...last day in Shah Alam

Isnin, 2009 Mac 02

Part 4 : Trip To Shah Alam

Lebih kurang jam 2 petang kami sudah pun menjejakkan kaki di Pusat Kesihatan. Itu merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke situ. Kak Kiah sudah menanti ketibaan kami [ nota : Kak Kiah adalah salah seorang bekas staf Unit Kesihatan UiTM Sabah yang baru berpindah ke Shah Alam dan juga salah seorang yang terlibat dengan JK Ruang UiTM Sabah]

Sesi taklimat untuk petang itu bermula. Banyak pendedahan serta ilmu dan pengalaman yang kami perolehi dari taklimat berkenaan. Esok kami akan dibawa untuk melihat beberapa lokasi premis perniagaan yang terdapat di dalam kampus.

Kali pertama bersemuka dengan Dr. zaiton, beliau seorang yang baik dan amat peramah. Best !

Petang itu aktiviti kami berakhir dan kami tinggalkan Pusat Kesihatan UiTM dan juga Kak Kiah. Terubat juga kerinduan Kak Kiah dengan adanya kehadiran kami disana walaupun hanya seketika.

Dalam perjalanan pulang ke Hotel, kami plan untuk aktiviti kami seterusnya. Jam 5.30 petang kami berjanji berkumul di lobi hotel. Perjalanan kami ke PKNS. Tapi oleh kerana tiada apa yang menarik kami hanya 'berjalan - jalan' santai.

Balik Hotel. Rehat.

Jam 12 tgh malam Hp aku membuatkan aku terjaga. Ada sesuatu yang penting malam itu.

To be Continue...


Ahad, 2009 Mac 01

Part 3 : Trip To Shah Alam

Seawal jam 4.30 pagi kami dah bangun, lepas solat subuh bersiap untuk bersarapan. Kelihatan cuaca masih lagi gelap.

Jam 7 pagi, masih gelap. Di Sabah waktu sebegitu sudah terang benderang. Namun itu bukan menjadi satu masalah bagi kami.

Sarapan. Alhamdulillah banyak pilihan yang disediakan.

Kenderaan akan datang menjemput kami di Hotel jam 7.45 pagi. Destinasi kami pagi ini terus ke Bangunan Canselori. Kak Roslida dan Doktor Nurfazlinda juga dalam perjalanan [ Nota : mereka 'drive' sendiri ] ke tempat yang telah dijanjikan.

Namun ada perubahan tempat. Kami bergerak ke Kolej Mawar. Berjumpa dengan staf yang ditugaskan untuk sesi taklimat seperti yang di jadualkan . Sesi pertemuan kami pagi itu bersama dengan Tuan Haji Hasnor dan Encik Omar.

Kemudian Encik Abdul Rahman Naim, Encik Rahman Salleh dan Encik Armyn pun datang ke Bilik Mesyuarat Kolej Seroja untuk menerangkan lebih lanjut berkenaan dengan JK Ruang. Menyulusuri masuk ke ruangan pejabat UPK Seroja aku perhatikan sekeliling yang begitu cantik. Beza memang jauh berbeza dengan UPK Di UiTM Sabah. Aku mula bermain dengan imiginasi untuk memperindahkan lagi ruang UPK di tempat ku sendiri. Aku tambah bersemangat.

Tambahan pula, lawatan kali ini adalah all in one bagi aku mencari dan melihat apakah 'perkara' yang boleh diaplikasi apabila balik ke UiTM Sabah nanti.

Perbincangan kami pagi itu berjalan lancar. Rancak. Encik Rahman Salleh berkongi pengalaman 'kerusi panas' yang di sandangnya dalam JK Ruang di Kampus Induk itu. Alhamdulillah. Banyak ilmu yang dipelajari dan perlu untuk diimplementasi bagi memantapkan JK Ruang di Kampus Sabah yang baru saja beroperasi. Semoga Usaha murni ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua. Dan semoga tanggungjawab yang digalas dan diamanahkan ini dapat dilakukan dengan sebaik²nya.

Seperti biasa selepas sahaja sesi perbincangan itu, kami di jamu. Syukur alhamdulillah.

Petang itu, program seterusnya ialah taklimat dari Unit Kesihatan. Ada sesuatu yang ingin aku kongsikan berkenaan dengan Doktor yang menjadi ketua di Unit Kesihatan UiTM. Tunggu.

To Be Continue....


Part 2 : Trip to Shah Alam

Jam 5.30 semua sudah sedia berkumpul di lobi Hotel. Esok Program rasmi akan bermula. Dan kami mengambil kesempatan untuk berjalan2.

Disebabkan hotel kami dekat dengan Shah Alam Plaza, maka itulah destinasi kami yang pertama. Pusing2 di sekitarnya. Kami pun singgah makan di 'Laksa Shack'. Sedap dan berbaloi. Terima kasih pada PM Roslan & Kak Bib yang telah menaja makan kami pada hari itu. Dan time tu juga kami merasa betapa sedapnya rendang tok.

Masih terlalu awal untuk balik ke Hotel, kami merayau pula ke SACC Mall. Just window shopping.

Balik Hotel. Semua Keletihan.

Esok kami akan memulakan misi yang sebenarnya.

To be Continue....


Part 1 : Trip To Shah Alam

Alhamdulillah. Kelmarin lebih kurang jam 5. 30 petang kami mendarat dengan selamat di KKIA. 4 hari aku tidak menulis d'Teratak ini. Last entri aku adalah sebelum aku berjalan ke Shah Alam.

Malam sebelum ke Shah Alam. AKu balik dari opis lebih kurang jam 8.3o malam. Tak pun sampai 10 minit berada di rumah malam tu, ada pelajar sakit dan minta untuk bawa ke Hospital, kaki bengkak masa bersukan. Mula pegi hospital Tuaran lepas tu kami kena pula pegi Hospital Likas untuk membuat X'Ray. Ikutkan kami nak kena pegi balik ke Hospital Tuaran tapi bincang ngan staf di Hospital Likas supaya doktor boleh tengokkan hasil X Ray tu dan membuat pengesahan. Alhamdulillah semua gambar X Ray menunjukkan tiada tanda - tanda kaki pelajar tersebut patah.

Balik rumah lebih kurang jam 12 tengah malam, lepas tu sibuk untuk kemas barang. Jam 3 pagi time tu aku tak tidur lagi ada pula called sebab ada pelajar nak minta kebenaran untuk keluar.

Mengantuk.

:: 25 Feb 09 ::

Bersiap untuk bertolak ke KKIA, aku antara orang ke-2 yang dijemput selepas Yati dan selepas tu jemput Elny. Masuk di kawasan perumahan di Kuala Menggatal. Rumah Elny tak jumpa, Elny tengah tunggu di rumahnya di Taman Sepanggar. Hah !

Rupanya Elny baru pindah di Taman Sepanggar pada sabtu lepas. Lepas ambil Elny. Selesai satu perkara.

Tugasan seterusnya kami kena bergerak pula untuk mengambil Kak Roslida. Time nie pun ada juga kejadiannya sebab pemandu lalu ikut jalan Sulaman by pass. Kak Roslida called tanya di mana lokasi kami ketika itu. Opstt ! kami terpaksa patah balik lalu jalan Inanam sebab sepatutnya mesti ikut jalan Menggatal lama untuk ambil Kak Roslida.

Akhirnya kami sampai juga di Taman Grand View, Menggatal. Selesai lagi satu perkara.

Perjalanan di teruskan menuju ke KKIA. Kami menginap di Hotel Concorde Shah Alam. Sedikit kecewa sebab kami tak boleh nak surf internet. Ada tu ada tapi faham2 lah sebab setiap penggunaan tu kena charge RM / Hour. Itulah sebabnya aku tak dapat online dan meng'update' blog ku.

To Be Continue...
Related Posts with Thumbnails
Creative Commons License

© New Blogger Templates | Webtalks