Rabu, 2008 Oktober 22

MEMORI TERCIPTA

MALAM PRA GRADUAN, UiTM SABAH
12 OKTOBER 2008
NEXUS RESORT KARAMBUNAI













"Orang Berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa"

Terima kasih kepada semua JPK, AJK MPG dan tidak dilupakan PPP yang bertungus lumus untuk MPG kali ini.

MPG untuk JPK ~ Azhar, Megat, Camma,Mimi & Dia,

Rumah Terbuka Raya 2008.

Salam lebaran untuk semua. Lama aku tidak bertandang ke Teratak ini untuk menghias di dalamnya.

Balik dari bercuti raya. Kerja dan Kuliah. Antara aktiviti yang aku lakukan. Tapi sempat gak aku menyinggahi blog rakan - rakan yang lain, siap bagi komen lagi. he3x.

Apapun, kita masih lagi dengan 'mood' raya. Masih banyak lagi undangan untuk majlis Rumah terbuka. Majlis Rumah Terbuka yang terdekat buat masa ini pada 23 Oktober, Majlis Rumah Terbuka Raya TYT.

Thanks to Ajimi dan isteri beliau kerana sudi mengundang aku dan rakan - rakan lain ke Rumah terbukanya.


Gambar kenangan raya 2008 kat rumah Ajimi.

Selamat Hari Raya Adil fitri
Maaf Zahir & Batin

Kaffle = Waffle

Mengingatkan aku pada seseorang...

Rabu, 2008 Oktober 15

Berkuatkuasa Hari ini...

Jumaat, 2008 Oktober 10

Nota Kecil Tuk dia...

Raya ke-4 ~ Lahad Datu


Persiapan sebelum majlis persandingan.



Pelamin untuk raja ~ sehari hasil sentuhan...Nasir, si Ubah &...he3x.



Gambar atas nie ~ ontheway nak pegi Lahad Datu...kat tengah jalan keta sepupu kami seorang ni rosak laks.


Errmmm...setelah dua jam setengah perjalanan...akhirnya kami tiba dengan selamat ke rumah pengantin perempuan.

Terkejut aku tengok ada 12 biji speaker besar...fuh !!!
ni baru syok untuk menyumbangkan lagu nie...he3x.


selamat pengantin baru untuk Izwan Mohamammed & isteri
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
- amin -

Raya Ke - 3 ~ Jumaat

Telah dirancang lama sudah sebelum posa lagi tuk buat majlis bergunting anak buah aku...Wawa & adiknya Haikal.

Aku sibuk skit time tu sebab tolong sepupu aku buat pelamin tuk adik dia yang berkhawin pada raya ke-4. Balik umah malam tu...terkejut gak sebab ramai sedara datang umah beraya. Hepinya.

Tak lama lepas tu, pakcik aku depan rumah bawah khabar bagi tau yang pakcik aku kat Karamunting telah kembali ke Rahmatullah. Kami dah rancang nak pegi melawat dia lepas kerja kenduri kat umah selesai. Tapi apakan daya kita hanya mampu merancang namun Tuhan yang menentukan. Semoga rohnya di tempatkan bersama - sama dengan orang - orang yang beriman. Amin.




Padat

Jadual agak padat time raya nie...sebab banyak undangan kenduri. Raya hari raya pertama, lepas solat Aidil Fitri, pegi ziarahi pusara. Balik singgah jap kat umah pakcik atas bukit ontheway nak balik dari menziarahi puasara. Rumah yang selalu menjadi sasaran pertama pada hari raya pertama. he3x.



Gambar nie diambil time pegi kenduri...ini undangan pertama pada hari raya ke 2. Lepas tu sambung pula untuk undangan kenduri kat umah pakcik aku yang seorang lagi...ada majlis bergunting dan bertimbang ( tengok gambar kat bawah tu )

Lepas saja kenduri ke 2 nie...kami dijemput lagi tuk 2 lagi majlis kenduri pada sebelah petang. Tapi memandangkan dah ter'over' makan...so rehat kat umah. Kawan ajak pula beraya kat umah kawan dia...pegi lagi. he3x.

Esoknya Nak Raya...

...Opsttt !

Time nie adik aku ngan adik ipar aku busy bakar lemang kat depan umah..esok nak raya. Seronok.

Coretan : 29 September 2008


Pegi Sandakan tuk beli barang ( persiapan raya )...bertolak seawal jam 5 lebih lepas sahur dan subuh ke Bandar Sandakan.

1 Jam setengah perjalanan. Kami berada di Bandar Sandakan. Sibuk. Biasalah musim perayaan.

Aku bersama - sama ngan adik aku ( Ani dan Maksu ), anak buah aku Wawa, my Mum dan sepupu aku si Dadu.

Destinasi kami Pasar - Kedai Rempah ( mamak ) - Pasar Ikan & Servay ( Batu 8 ) - Market Batu 16.

Kesian Maksu sebab dia ada kenangan kat pasar Sandakan time tu...he3x.

*****

Malam tu, kami sambut bday 'maksu' yang ke 22 tahun. Tak dapat buat suprise tuk dia sebab aku beli kek tu ontheway nak balik dari Sandakan...dan dia ada sekali. huhuhu.



Kami sekeluarga mengucapkan selamat Ulangtahun kelahiran buat Maksu yang ke 22 tahun.
Semoga dipanjangkan usia
dimurahkan rezeki
Dipermudahkan dalam semua urusan
Dilindungi, diberkati, dirahmati Allah Swt
Selamat Dunia dan akhirat. Amin.

Khamis, 2008 Oktober 09

Coretan : 27 September 2008

Salam lebaran.

Fuh ! lama gak aku tak meng'update' blog aku nie...bukan busy beraya. Tapi time kat Kg tak ada internet...jadi agak terbatas sedikitlah aktiviti - aktiviti untuk meng'update' Teratak ku nie.

Raya tahun nie, ala kadar jer...aku balik kampung ( cuti raya ) bermula 27 September sampai 08 Oktober...hepinya sebab dapat balik kampung.

Aku balik ngan adik aku Jusli. Lebih kurang jam 10.45 pagi kami bertolak dari KK ke Sandakan. sambil mendengar lagu raya yang telah aku save kat pen drive...thanks to Jumar sebab bagi aku lagu tu.

Gambar nie...aku ambil time balik kampung hari tu...he3x.





ps - nanti aku stroy - story cerita aku kat kampung...sambil - sambil menunggu hari lebaran.
Related Posts with Thumbnails
Creative Commons License

© New Blogger Templates | Webtalks