Menunjukkan yang terbaru 20 daripada 36 catatan dari September 2008. Tunjukkan catatan yang lebih lama
Menunjukkan yang terbaru 20 daripada 36 catatan dari September 2008. Tunjukkan catatan yang lebih lama

Jumaat, 2008 September 26

Apa dah jadi

Beginilah keadaan keta aku...time di tukang - tukang keta aku tu sempat lagi aku mengambil gambar. So, inilah keadaan keta aku sebelum. Dan untuk gambar yang dah siap nanti aku upload kan kat sini...tungguuuu.





Rabu, 2008 September 24

OPst...

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Kenyataan...

Tadi ada majlis berbuka puasa bersama - sama dengan Jawatankuasa Perwakilan Kolej [ JPK ]. Tapi sebelum ke majlis tu sempat lagi aku pegi ke Bazaar bawa adik aku ngan sepupu aku yang baru balik dari KL.

Lepas majlis berbuka, aku ngan adik aku hantar sepupu aku pegi ke rumah abang sepupu di Batu 2, jalan Tuaran.

Petang tadi sempat jumpa Ajimi ngan isteri dia yang tengah mencari juadah di IP. he3x.

Aku sedikit kerisauan sejak kebelakangan ini. Aku pernah bertanya, tapi tiada juga apa - apa katanya...BIKIN PANAS !

Harap - harap betullah. InsaAllah.

Teruskan aku teringatkan kata - kata ini...
"Lebih baik terus terang daripada mengelak"

Malam ini

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Aku ada mesyuarat lagi malam ini di Klaster A

Selasa, 2008 September 23

Hampir ke situ...

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi aku akan balik kampung untuk beraya. InsaAllah. Malam ini adik aku balik dari KL. Nak jemput dia di terminal 2. Maknanya hujung minggu nie sama² lah kami balik ke kampung. Bestnyer. Nda sabar mau jumpa family.

Pasang pelita.
buat itu...buat ini...hehehe.

Ini Minggu terakhir sebelum aku bercuti. Banyak keja nak disiapkan. sekurang²nya taklah beban kepala nanti memikirkannya ketika sedang beraya di kampung. Kelas aku pun berjalan seperti biasa. Kawan² lain ada yang balik esok dan lusa ke kampung halaman masing - masing.

Semalam aku tak pegi kelas. Bukan tak nak pegi tapi ada meeting. Opst macam tak percaya jer kan ada meeting malam di bulan Ramadhan. Ya memang ada. Meeting tu pun dibuat jam 9.30 malam selepas solat terawih.

Tadi ada kelas CTU, pembentangan kumpulan. Esok aku ada kelas OB. Bila di hitung² tak lama lagi Exam. Opst...bersedia atau tidak...bak kata zizan, Bolos saja dinding itu. Aku tersenyum sendiri bila mengingatkan 'kata - kata' keramat yang selalu dilafazkan oleh zizan pengacara program Bolos d'Astro itu. Hakikatnya tahun nie beraya ala kadar jak, lepas raya aku kena bersiapa siaga untuk bertungkus lumus menghadapi exam.

Sekarang yang difikirkan... Kerja & belajar...dua² nie aku kena imbang. Semoga Allah mempermudahkan aku dalam segala urusan. amin.

Sabtu, 2008 September 20

Lumrah

Last entri aku hari Rabu.

So, apa yang berlaku sebenarnya sampai aku tak sempat nak mengupadate Teratak ini. Hari kamis baru nie…malam Jumaat macam yang aku ceritakan d’akhir entri aku. Aku ada pembentangan.

Hancur. Frustnya aku. Tuhan jak lah yang tahu.

Sampaikan hari Jumaat hari tu aku tak duduk senang memikirkan tentang itu. Benda sudah berlaku. Biarkan berlalu. Jadikan pengajaran. Hidup mesti diteruskan.
Cuma tak puas hati…kenapa?!!

Adalah…

Aku ngan classmate aku sharul & Yani jak yang tahu.

Rabu, 2008 September 17

Apa yang best...

Dulu mungkin aku seorang² jak berblogging. Sekarang satu persatu kawan² disekeliling ku mula menceburkan diri dalam dunia blog. Best pula.

Bukannya apapun, satu bagi aku untuk kepuasan diri sendiri. Tulislah apa saja. Tapi orang bilang berani buat berani tanggung. Janganlah pula tulis yang lain². Sendiri mau ingatlah. he3x.

Hari ini satu lagi kawan aku tengah bertungkus lumus membuat blog. AKhirnya dia siap gak membuat satu blog untuk dirinya. Tahniah !!!

Nak tambah satu lagi member blogger kat link aku yang dulunya my housemate. he3x.

welcome to Ajimi. Teruskan untuk berblog.

Sikit cerita pasal kelmarin. Cuti. Aku diopis. Balik jam 4.30 petang. Buka puasa di rumah ngan Usman. Sempat lagi pegi ke Masjid Bandaraya untuk solat terawih ngan Jumar dan Usman. After tu singgah jap kat servey dan sebelum pulang mengalas perut jap kat Restoren kegemaran "Mekdi". Ada orang terus tersnyum bila kereta aku berhenti kat depan kedai tu.


Malam ni aku ada kelas OB, ada quiz sebab last week aku tak datang kelas pegi mesyuarat kat Shah Alam.

Esok ada kelas BEL...Opst aku belum ready lagi tuk present tuk esok. Aku org pertama lagi tu.

Tak boleh jadi nie....mesti nak kena bersungguh² nie. InsaAllah. Amin.

Isnin, 2008 September 15

Kad Raya

Dulu best sebab bila time nak raya jer...tak kira lah time budak² pun bagi gak kad raya yang 03.0 sen tu. Hepi.

Masa nak menulis kad raya tu pun sembunyi² lagi sebab takut kedapatan sedangkan yang dibagi tu kawan kat sebelah jak pun...ialah takut tak suprise. :p

Masih ingat lagi...sebab ada ketika tu berlumba² ngan kawan, adik² sapa paling banyak terima kad raya. he3x.

Sekarang...
SMS...mudah, ringkas dan cepat hanya berapa sen jak, tapi...tak leh nak dipegang, dan tak leh disimpan. Terpaksa d'DELETE sebab takut inbox penuh. Tak berapa gemar. Hepi sekejap jak.

Baru - baru nie time jalan kat KK, nampak kat Giant kad² raya yang dijual. Seronok.

Terima kasihlah pada Azhar, sebab bagi idea ni. He3x.

...meraihnya suasana hari raya. Jangan main mercun sudah ~ :p

Tag d'Bulan Ramadhan


Hari nie awal pagi lagi Kak Su dah bagi komen siap ngan remind aku pasal kena tag...:p

Alhamdulillah, hari ini adalah puasa kita yang ke 15 hari. Jangan lupa solat witir ngan doa qunut. Nanti ada yang terlajak trus ke sujud.

Dan aku nak pass [ kira mangsa lah nie ] kepada :-
  1. Nazmi
  2. Azhar
  3. Jumardi
  4. Usman
  5. Fifi
  6. Roy
Salam ramadhan, teruskan ceria di bulan yang mulia ini.

Ahad, 2008 September 14

Kebetulan

Entah napa sejak kebelakangan ini aku suka sangat kacau kamera Hp aku untuk ambil gambar...sekarang ni aktif sangat aku ngan kamera di Hp ku nie. :p

Kemarin lepas kepenatan berjalan dari Karamunsing ke CP ke Warisan Square dan balik CP balik, sampai tak perasan masa nak berbuka dah hampir. Plan nak berbuka di RCH di Karamunsing. Tak jadi.

Alih - alih ngam limpas dekat kedai 'Resipi rahsia'...di tegurlah pula gambar kek yang terpapang di luar kedai tu. Tengok jam dah jam 6 petang. Terus singgah.

Inilah Kepingan² gambar yang aku ambil. Tapi ada "orang manas" aku ambil gambar. He3x.





siap di bagi air sirap lagi [ air merah ]...ermmm






p/s : bukan nak menunjuk² hanya sekadar hiasan d'Teratak ini. Untuk ingatan buat empunya Teratak. Selamat Berpuasa.

Yang Ada

Ini apa yang aku dapat kelmarin time jalan2 di KK. Bukan free la tapi ngam2 ada 'diskaun' jadi menyempatlah juga satu.




Reward untuk diri sendiri...bila lagi kan?!

Sabtu, 2008 September 13

Waffle

Terima kasih...:p

Kencana

Keadaan selepas abis menjamah makanan...bukan aku seorang. Azhar, Nik dan Aku. Ngam la kan.

Menu : sup tulang, telur dadar [ Nik ngan Azhar ] ngan milo 'kow' Ping

Alhamdulillah. Dah 'kencana' [ Nota : ayat ini selalu aku ngan ajimi kalau dah kenyang ]

Sekitar Majlis berbuka puasa

Semalam 12 september 2008. Pusat Islam UiTM Sabah. Majlis berbuka puasa staf. Majlis tersebut turut menjemput anak - anak yatim dari Daerah Tuaran.

Selepas siri ceramah petang itu, majlis berbuka puasa berramai², solat maghrib berjemaah dan jamuan makan sebelum solat Isyak dan terawih.

Aku saja jak menampal gambar² sempena majlis tersebut diadakan. Suasana berbuka yang sungguh meriah. Alhamdulillah.






Gambar atas : Ajimi yang datang lengkap ngan pakaian baju melayunya.




Azhar ngan salina antara barisan pemimpin pelajar yang hadir.




Juadah berbuka : Kurma, Karipap, Roti Jala dan kuih erm...?!! x tau. he3x.



Jumaat, 2008 September 12

Untuk Ku Yang Pertama Kali

Mula² pramugara tu bagi kurma. Sebagai persediaan tuk berbuka. D'bagi untuk semua.

Dalam tapau tu 'nasi Kerabu'...anggur. Opst.
Minuman kat atas tu Jus oren, teh ngan air putih.

Berbuka di dalam kapal terbang. Pengalaman yang pertama yang akan ku ingat sampai bila2. Sepatutnya balik Sabah jam 9.50 malam. Tapi oleh kerana habis meeting kira awal gak, so, aku ngan Boss TPK HEP terus ke airport dan tukar flight.

Alhamdulillah ada gak flight jam 4.20 petang. Opst yang penting singgah jap beli kuih gardenia. he3x.

Siap di maklumkan lagi oleh pilot waktu untuk berbuka puasa ialah jam 6.52 minit petang. Bestnyer...aku berbuka ngan Jus oren dan nasi kerabu. Syukran.

kenapa perlu...?!!


Aku Tahu
Tapi ini BUKAN yang pertama

First Time

Selepas 29 tahun ini, ini adalah merupakan kali pertama aku bersahur di semenanjung. He3x. Jam lebih kurang 4 pagi kami bersahur. Imsak jam 5.40 pagi. Time sahur tu terjumpa ngan Pengarah UiTM Sarawak dan Pengarah UiTM Pahang.

Balik bilik, rehat jap...tak lama kedengaran azan subuh dari masjid yang hampir ngan hotel tempat kami menginap.



Jam 9.pg mesyuarat, bersiap dan kena iron baju dulu...;p

Catatan 10.09.08

Catatan perjalanan ku pada 10.09.08. Ada beberapa perkara yang aku perlu settlekan sebelum bertolak ke Shah Alam.

1. Update info di website UPK
2. Ambil tiket
3. Cari case untuk laptop di One Borneo
4. Beli makanan tuk sungkaian [ berbuka ] tapi bukan tuk aku. ;p
5. Inform lectrurer sebab tak dapat datang kelas.

Aku menyiapkan beberapa perkara yang diperlukan untuk disiapkan. Alhamdulillah settled, Cuma item no. 3 tak dapat beli sebab stok belum ada. Terima kasih gak ngan Abang Karim kerana menemankan aku pegi ke One Borneo dank e IP.

Lebih kurang jam 3 petang selepas ambil tiket sempat lagi aku ke IP untuk membeli makanan sungkaian.

Kak Zah, PA TPK HEP called informed aku transport akan ambil aku kat Klaster jam 4.30 petang. Selesai solat asar aku bersedia untuk berangkat tapi singgah jap ambil TPK HEP di umahnya. Jalan jammed sebab time tu orang office dah balik keja.

Jam dah menunjukkan pukul 6 petang. Waktu berbuka 6.19 minit petang. Aku ngan Tuan Haji Kadir [ TPK HEP ] berbuka di MCd. Sprite, buger dan kentang menjadi juadah berbuka kami petang itu.

Penerbangan jam 7.20 malam. Menginap di Concored Hotel.

Dah janji ngan Apai tuk jumpa dia. Lama juga tak jumpa dia hampir dua tahun. Kedai Kopi menjadi destinasi persinggahan kami. Sambil berbual aku menjamah kuew teow ngan teh tarik. Lebih kurang jam 1 pagi. Hanya takat itu pertemuan kami dan kami beredar dan balik ke hotel.

Jam menunjukkan pukul 1.45 pagi. Time ni aku tengah menulis entri ini sambil nak menunggu waktu untuk sahur.

Esok harap semuanya akan berjalan dengan sebaiknya. Semoga Allah mempermudah segala urusan. InsaAllah.

Rabu, 2008 September 10

Memo Kecil

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Bertolak dari rumah jam 4.30 petang risau terperangkap dlm "jammed"

Just wait & see

Tapi tak mungkin...
sebab ini BUKAN yang Pertama

Related Posts with Thumbnails
Creative Commons License

© New Blogger Templates | Webtalks