Ahad, 2008 Ogos 31

Ku Rasa

Akhirnya saat yang dinantikan oleh semua umat islam di seluruh dunia kini telah pun tiba, tadi lebih kurang jam 8 lebih time dengar berita kat TV3, seperti biasa ada pengumuman berkenaan dengan pengumuman puasa.

Kelam kabut gak aku sebab tak ready tuk lauk bersahur, keta aku tak ada sebab kena pakai. Yati jadi mangsa bawa dia pegi IP. Nasib baik dia ada. Pegi Giant IP ngan Azhar dan Yati. Ramainya orang ...erm rasanya tujuan yang sama juga kot. Untuk bersahur. Apapun, Thanks to Yati. he3x.

Tapi time gini biasanya aku selalu balik kampung sebab nak bersahur hari pertama kat umah. Tapi tahun nie tak balik macam selalu. Sedih gak.

Tadi sempat gak YM ngan Nazmi, sedih sebab tahun nie tak dapat berpuasa sama - sama dan tak dapat beraya sama - sama. Biasanya dia lah yang paling sibuk bangun tuk sahur. Tahun nie sunyi skit sahur aku. Ala kadar jer.

Apapun, kepada semua, sekali lagi selamat menyambut bulan ramadhan.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Selamat Ulangtahun

Salam kemerdekaan.

Alhamdulillah, akhirnya tanggal 31 Ogos 2008 genap Malaysia merdeka selama 51 tahun. Dan pastinya masing - masing punya cara tersendiri untuk menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke - 51 tahun pada kali ini.

Semalam aku hanya duduk di rumah sambil menantikan detik 12 malam bersama dengan Azhar dan Jumardi. Plan nak pegi KK tapi tak jadi.

Sambil menonton program di TV 1, siaran langsung sambutan kemerdekaan di KL. Kedengaran suara Mahatahir Lokman membuat count down dan kemudian Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia Melaungkan kalimah keramat "MERDEKA" sebanyak 7 kali.

"Semoga keamanan, kemakmuran negara ini akan terus berkekalan
semoga Negara ini akan terus di lindungi Allah.
Semoga kita rakyat Malaysia akan terus bersatu padu menjaga keharmonian serta perpaduan ini...sesungguhnya kita bertuah kerana hidup di Negara yang aman damai."

Alarm di handphone ku berbunyi

Mengingatkan aku pada sesorang. Dia juga menyambut hari ulangtahun kelahiran yang sama di sambut oleh semua rakyat Malaysia. Dia antara yang tergolong dalam 'anak merdeka' kerana lahir pada 31 Ogos.

"Selamat Ulangtahun untuk Ajimi Jawan.
semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezki, diberkati, dirahmati serta dilindungi Allah. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, selamat dunia dan akhirat. Amin."


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Sabtu, 2008 Ogos 30

Yang Hangat Semalam

29.08.08 :: Jumaat


Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2009 kelmarin.


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Setelah sekian lama...kelmarin telah diumumkan ada gak Bonus. Alhamdulillah.

Nak lebih lanjut klik :: sini :: atau klik :: sini ::

Marhaban Yaa Ramadhan

Marhaban Yaa Ramadhan

bulan dimana nafas kita menjadi tasbih
tidur kita menjadi ibadah
amal kita diterima
dan doa kita diijabah

sungguh cantik kain pelikat
dipakai orang pergi ke pekan
puasa Ramadhan semakin dekat
salah dan silap mohon dimaafkan

berharap padi dalam lesung
yang ada cuma rumpun jerami
harapan hati bertatap langsung
cuma terpapar d'Teratak ini

sebelum cahaya surga padam
sebelum tidur berakhir
sebelum pintu taubat tertutup
sebelum ramadhan datang
aku memohon maaf di atas perbuatan atau percakapan yang mungkin terkasar dan menyinggung perasaan kalian. salam kemaafan aku hulurkan.

Taqqobalahu minna waminkum,taqoballahu ya karim

marhaban ya ramadhan

allaahumma bariklana fi sya'ban wa balighna ramadhan ~ amin.


Doa malaikat jibril menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa Ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal - hal beriku :-
  • tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya [ jika masih ada ]
  • tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
  • tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang - oarang disekelilingnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. dapat kita bayangkan yang berdoa adalah malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasulullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Sekali lagi aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada kalian.

Isnin, 2008 Ogos 25

Cerita Pasal Gang Starz


Akasia : Malaysia


3.5 : Filipina



D'Reborn : Indonesia

One Nation Emcee : Malaysia

Paragon Child : Filipina

Semalam aku tidak lepas melihat aksi final gang starz di Tv3. 5 kumpulan yang berentap semalam.

- d’reborn
- One nation emcee
- 3.5
- Paragon child
- Akasia

Aku main teka teki ngan si Jumardi siapakah yang bakal menjadi juara. Setelah melihat semua persembahan dari kumpulan finale yang berentap semalam. Kumpulan D’reborn adalah merupakan kumpulan yang paling banyak mendapat 5 bintang. Dan bila keputusan yang diumumkan Juara Gang Starz ialah One Nation Emcee.

Tahniah !!!

Tapi rasanya ada gak yang tak puas hati ngan keputusan semalam sebab ada yang menjangkakan kumpulan D’reborn akan menang. Apapun, keputusan adalah Muktamad.

Tuah d’tempat sendiri. Cuma perlu diingat apa akan jadi kalau Gang Starz nie di buat di Negara Indonesia atau di Filipina.

Kata Nabil, Lu fikirlah sendiri

Ahad, 2008 Ogos 24

Hepi Bday

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Selamat Ulangtahun kepada my sister Ani pada hari ini. Kami sekeluarga mendoakan semoga di panjangkan usia, dimurahkan rezki, d'berkati, d'rahmati dan dilindungi Allah.

Semoga selamat dunia dan akhirat. Amin.

PPP

Semalam aku ada meeting PPP, lama dah tak bermesyuarat dan banyak juga benda nak dibincangkan. Kebelakangan ini, aku suka sangat menceritakan perihal kerja ku. Opsttt !!! harap tidak disalah mengertikan.Bukannya apa, ialah kekadang tu nak juga di abadikan di Tetatak ini.


2002 tahun aku mula berkhidmat dan dari situ jugalah aku mula menjadi PPP. Karenah pelajar macam – macam. Sabar itu penting dan itulah yang aku ada.

Lumrah manusia kekadang tahap kesabaran kita pun ada hadnya. Tapi syukur alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa membantu ku dan segala urusan. Senang tapi tidak mudah menjadi PPP.


Bila ada orang yang mengatakan itu ini pasal PPP. Aku hanya tersenyum, kadang aku diam. Bukan tanda aku setuju. Apa taknya dia tak rasa apa yang kita rasa. Terima kasih kepada rakan – rakan terdahulu yang sama – sama menjadi PPP dan menjadi orang yang pertama berdepan dengan masalah pelajar terutama di Kolej kediaman.


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bukan mengeluh. Bukan tak tertanggung. Tapi sedikit terkilan. Kenapa tidak ‘Berat sama dipikul ringgan sama dijinjing’.


Teringat kata – kata ini ‘always protect yourself’


Apapun, aku hepi menjadi PPP.

Sabtu, 2008 Ogos 23

Akhirnya...


Jumaat, 2008 Ogos 22

Ceramah

Semalam sebelum meninggalkan opis, aku terbaca email berkenaan dengan ceramah Nilai dan Etika untuk hari ini. Wajib bagi staf yang belum pernah menghadirinya. Pagi tadi, aku ngan seorang staf pegi ke Dewan Kuliah 1, untuk menghadiri siri ceramah nilai dan etika berkenaan.

Tajuk ceramah berkisarkan bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, disampaikan oleh Ustaz Bongsu Aziz. Pensyarah yang ajar aku CTU [ hubungan etnik ]. Nampak jak Ustaz terus teringat assingment aku yang belum siap. Minggu depan ada kelas ngan dia. Nie mesti dia akan tanya nie. Plan hujung minggu nie nak buat semua assingment yang diberi.

Program habis lebih kurang pukul 10.30 pagi. Sekali lagi kami dihidangkan dengan jamuan nasi kuning berlaukkan ayam goreng. Heran gak aku, sebab sejak kebelakangan ini semacam popular pula nasi kuning nie kat tempat keja aku. Dulu tak ada pun. Dan kalau diikutkan nasi kuning nie 'ter' sangatlah dikenali di bahagian Tawau dan Sandakan. Tapi disana lain skit cara masak dia.

Apapun syukran. kata orang rezki jangan ditolak dan musuh jangan dicari. Selamat menunaikan ibadat solat Jumaat.

Kisah 21.08.08

Apa yang berlaku sepanjang hari 21.08.08 [khamis ] – pagi tu aku ada meeting di HEP. Jam 8.30 pagi, aku bergegas ke tempat mesyuarat. Hari ini semua kena pakai baju batik. Nasib baik ada gak baju batik yang dah siap di iron.


Ingatkan aku adalah orang yang paling lambat datang ke bilik mesyuarat. Fuh !!! aku menarik nafas lega rupanya belum ada orang lagi yang datang. Tapi pengerusi JK dah ada. He always ontime.


Nampak gayanya ramai dari ahli JK tak dapat datang sebab ada yang kena hadir kursus di Dewan [ gym ]. Tunggu jugalah. Jam didinding bilik mesyuarat menunjukkan hampir jam 10 pagi. Aku ada hal lagi petang nie. Skrip aku belum print. Nak tanya organizer banyak benda sebab takut tak ngam ngan durang punya plan. Nanti aku pula yang kena.


Biasanya lepas meeting kan ada jamuan skit. Pagi tu makan nasi kuning ngan lauk ayam. Siap ambil dua ketul lagi, apa tidak pagi tu tak sempat nak pegi breakfast.


Balik ofis, buat skrip dan edit skit. Malam tu aku dah siap buat. Semua Staf terlibat nak kena berada di tempat Majlis jam 1.30 petang tapi aku kena naik awal sebab nak kena check mic. Timbalan Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam datang bersama rombongan melawat ke tempat kami. Majlis habis lebih kurang 4 petang lebih. Rombongan di bawa melawat sekitar Kampus. Lepas tu biasalah, sebab tak lengkap rasanya majlis kalau tak ada jamuan, semua jemputan dijemput untuk menikmati jamuan di Bilik VIP di Gym. Makan lagi. Alhamdulillah, rezki aku hari ini. Alhamdulillah majlis petang itu berjalan dengan sebaiknya.


Dalam kesibukan itu, aku sebenarnya sedikit gelisah. Aku risaukan akan sesuatu, tapi syukur alhamdulillah semuanya baik - baik belaka. Tak payah aku ceritakan hal itu, cukup sekadar aku menyatakan kegelisahan aku kerana tarikh itu mengingatkan aku pada sesuatu. Stop !


Jam ditangan sudah lima suku petang. Kami beredar dari gym dan aku bersiap untuk OT sebab nak masuk dan check blok. Lagi pun inilah peluang yang ada sebab kebetulan pelajar pun tengah cuti mid term. Selepas solat asar, aku dan staf yang lain seperti biasa meneruskan kerja – kerja di dalam blok, memeriksa kerosakan ‘Holder’ pintu yang baru di pasang.


Selesai. Tinggal satu blok lagi yang nak kena check, lepas tu macam biasa nak kena buat laporan.


Aku teringatkan Majlis bersama Timbalan Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam petang tadi, sebab semasa menyampaikan ucapannya, terkeluar perkatan ‘abi si kita’ yang membawa maksud ‘kita’.


Dan petang itu aku tinggalkan mereka dengan dua rangkap pantun, yang direka pada waktu itu juga hanya sekadar mencuit rasa.


Bisai bisai membawa kereta

Jangan tah pulang dibawa laju
Tak kenal maka tak cinta
Itu bidalan orang da’ulu


Jangan belusir atas jambatan
Karang tegugur sendiri kesakitan
Semoga pertemuan ini mengukuhkan ikatan
Dalam memacu bidang pendidikan.


Dan sebelum mereka beredar dari perkarangan Gym, Tuan Haji Sabli Haji Mumin – Pegawai Pelajaran Kanan ada berpantun :-


Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan didalam peti
Kalau ada silap kami
Jangan disimpan didalam hati


Kepada Yang Mulia Pengiran Dato' Setia DR. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd Rahman Timbalan Menteri Pendidikan Brunei Darussalam bersama ahli rombongan ~ terima kasih kami ucapkan.

Nota Kecil

Bingung Sekejap

Last mesej aku terima pagi 20.08.08…time tu tengah meeting. Aku reply lambat. lepas tu sampai aku menulis entri ini tiada mesej yang dibalas dan bila di call pun ia tak berjawab. Mula ingatkan biasa saja. Tapi bila try mesej belah petang pun sama juga. Mesej di hantar tidak berbalas. Aku try call, tapi keadaan yang sama juga.

Macam macam yang bermain difikiran ku

  • hp ditinggalkan
  • hp silent
  • hp hilang
  • hp rosak
Kemungkinan / andaiku ini silap, minta maaflah.
  • tak nak jawab phone & sms
  • sengaja tak nak jawab
Bingung Sekejap.

Rabu, 2008 Ogos 20

Pertama

Sabtu, 2008 Ogos 16

Hujung Minggu ku

Pagi tadi aku dua hati...samada nak pegi program yang Yati bagi tau aku tu atau tidak.

Aku bingkas bangun dan menelefon Yati. Ermmm kenderaan ambil jam 7.30 pagi kena pakai baju batik. Alamak...belum iron baju lagi. Kelam kabut aku jadinya.

Nasib baik program tu setengah hari jer...he3x.

Program Hari pengguna Malaysia 2008.

Sempat juga pegi tengok gerai - gerai yang ada membuat pameran...balik jak kat umah rehat jap lepas tu masuk opis..sampai petang.

Minum kelapa di Salut ngan Usman.

Hari Jumaat ku

Jumaat - 15.08.08

Sebelum tu nak gak kongsikan skit apa yang berlaku pagi Jumaat baru - baru nie. Lepas aku punch kad...kelihatan pelajar - pelajar berkumpul depan Bus stop untuk satu Demo bantahan ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh MB Selangor. Stop! pasal cerita tu.

Pagi tu aku duduk di pejabat...banyak benda nak dibuat...update website UPK.
solat Jumaat di UMS...
Makan tengahari Nasi Ayam kat likas
Petang singgah jap di Pejabat HEP...hantar Borang SKP

Malam aku ada kelas Akaun...tapi lebih kurang jam 5 petang Pensyarah Called and informed class dibatalkan...so stay la aku d'opis memeriksa nama pelajar untuk tuntutan makan. Perut lapar.

Esok sabtu aku kena hadir funtion d'KK. Kenderaan bertolak jam 7.30 pagi...

Wawa Hepi bday.

Khamis 14.08.08

Selamat harijadi / selamat ulang tahun untuk anak buah kesayangku Wawa...Semoga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan berpanjangan, dimurahkan rezki, diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah. Dan semoga menjadi anak yang solehah. Selamat dunia & akhirat. Amin.

Nda sabar aku mau balik kampung...kenapa lama sangat masa yang ku tunggu² itu untuk datang. Jauh disudut hati ku ingin sekali aku untuk bersama² kamu setiap waktu, tapi tuntutan kerja membuatkan aku terus bertahan dan menunggu saat itu.

Rabu, 2008 Ogos 13

Memo kecil

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Selasa, 2008 Ogos 12

UiTM DIHATIKU

Tadi lepas mesyuarat dengar rakan² lain bersembang tentang UiTM...tekejut gak sebab MB Selangor buat statement macam tu.


nak baca lebih lanjut :: klik sini ::

Dan ini link aku attch kan sekali...aku search kat arkib Berita Harian berkenaan dengan isu ini.

Apapun, UiTM Dihatiku..dan jangan cuba untuk menganggu kepentingannya.

Isnin, 2008 Ogos 11

Memo

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Ahad, 2008 Ogos 10

Minggu Pertama Bulan Ogos - 04

06.08.08 - Rabu

Oleh kerana masih awal, so pegi jap breakfast kat restoran Rahmat berdepan ngan Hotel Hyatt...

Selesai sahaja program...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Opsstt aku sibuk cerita pasal program tu tapi aku tak mention pun majlis apa...Bha sebenarnya Majlis Menandatangai MOU NIOSH - UiTM bagi persefahaman Program Induksi Keselamatan NIOSH - UiTM 'Safety Passport'.

Antara Tetamu yang hadir Yang Berhormat Datuk Tawfiq Abu bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Sabah...Tan Sri Dato' Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara dan dari NIOSH Yg Bhg. IR. Haji Amir Haji Yahya, Pengarah Eksekutif NIOSH. Dan Pengarah Kampus UiTM Sabah.

Ermm...ada juga beberapa keping gambar yang di ambil masa raptai tu...tapi lum kena bagi lagi...huhuh. Nanti ada aku letak juga kat sini. Ceh !

Yang ada ni pun Gambar yang Yati bagi kat aku...Thanks to Yati.

The Unforgettable day...


Gambar kenangan bersama² dengan Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Isteri dato dan juga Prof. Madya Hajah Rosdiana Haji Sukardi Timbalan Pengarah Kampus HEA

Ini gambar aku ngan Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah
Naib Cancelor UiTM

Minggu Pertama Bulan Ogos - 03

05.08.08 - Selasa.

Aku sibuk cari contoh surat kat opis sebelah sebab ada benda nak urgent.

Pegi Memantau...lepas tu time tu jugalah aku sibuk nak mencari aturcara untuk program esoknya.

Aku yang kelam kabut di buat oleh mereka.

Tak lama aku duduk ofis petang tu...aku terima called dari Yati bagi tau ada raptai kat Hyatt Hotel. Uikkss.

Pegi jugalah kami ke Hotel tu...aku siap trus ngan bawa buku aku sebab aku ada klas malam tu ngan Ustaz Bungsu.

Lebih kurang jam 7. lebih abis dari sana balik terus direct ke kelas...ingatkan kelas start jam 8.00 rupanya jam 7.00 petang ... sebab tak lama aku duduk kat dalam kelas...kelas dah abis.

Balik Umah jalan kaki dari fasa 3 ke Klaster...huhuh. Lama tak berjalan kaki sejak abis dari pengajian Dip. dulu. Berkeringat gak aku malam² tu.

Perut lapar. nasib baik ada tapau. Thanks tu Budak baik once again. Dah kenyang..alhamdulillah, aku rehat jap.

Ada tugas lagi yang belum selesai...TEKS SKRIP aku...Ngantuk aku malam tu terpaksa juga aku bersengkang mata. Baring jap kat katil tetido la pula...nasib baik terbangun itu pun Ajimi Called aku sebab ada pelajar nak minta kluar kampus...mamai aku. Aku suruh juga budak tu pegi jumpa PPP yang ada kat Klaster A. Sempat lagi dia kena ceramah oleh aku. Kesian dia...apa leh buat la. Sambung lagi buat skrip.

Esok aku kena bangun awal...sebab dah janji nak bertolak jam 7.30 pagi...dan nak buat raptai penuh sekali lagi.

Harap² majlis esok tu semuanya berjalan dengan sebaiknya.

Minggu Pertama Bulan Ogos - 02

04.08.08 - Isnin

Bha ini sambungan pada entri aku sebelum nie...

Pagi Isnin lepas, aku ada Appoinment ngan Pengerusi 5s...sebab kami nak kena buat lawatan dan sambil² mengedarkan pamplet kepada Ketua² Bahagian.

Aku sambil² tu nak juga mengambil kesempatan untuk berjumpa Pengarah sebab ada borang Pengesahan Majikan kat form sambung study aku yang belum di tandatangani lagi.

Alih² petang juga baru aku berkesempatan berjumpa dengan Pengarah...alhamdulillah settled gak urusan aku.

Malam tu aku ada kelas...kelas start jam 7.00 malam. Lepas Maghrib dan berbuka puasa kat umah aku ngan Usman pegi kat IP jap cari makanan tuk berbuka. Kelam kabut gak aku jadinya sebab jam dah 7.30 malam. Klasmate aku mesej, samada aku datang kelas ke tak...

My fisrt class with En Mat Zin...kelas PLK campur ngan full time students. Mula² risau gak nak masuk kelas sebab dah lambat...tapi kalau aku tak masuk risau juga sebab kehadiran

Kelas abis jam 9.00 malam...But next kelas ada test ~ Opstt...

Nota Kaki - ...'cerita pasal tapau' ~ nasib baik ok sudah dia.

Khamis, 2008 Ogos 07

Minggu pertama : Bulan Ogos - 01

01.08.08 :

Aku bergegas ke Kelas AC228 d'Fast Track...kelas start jam 6.30 petang. So, lepas solat maghrib aku trus turun. Perut lapar. Clazmate aku mesej...ada kuiz. Bha tambah lagi aku kelam kabut turun pegi kelas.

Aku minta tolong tuk tapaukan makanan. Sebelum keluar aku memang tak kunci umah supaya tapau aku boleh ditinggalkan kat umah. Aku sent mesej just informed dia pintu memang tak kunci. Dan mesej my housemate supaya tak kunci umah.

Then, 7.33 Pm aku terima mesej...di bagi tau tapau aku di letak kat luar umah d'kerusi sebab pintu umah berkunci.

dIng DoNg dIng DonG..marah gak aku sebab makanan bha tu. Rasa tak puas hati. Minta Tolong My housemate tuk ambil tapau tu...alhamdulillah selamat gak tapau aku dari d'letak di luar rumah.

ERmmm...ingatkan benda tu settle dah rupanya tak. Perang SMS bermula...

Abis kelas aku balik terus umah...sebab lapar sangat aku makan tapau yang dibelikan...ERmmm sedap gak sebab ada ayam goreng. Alamak !!! aku tak buat lagi persediaan untuk modul

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more



02.08.08

Hari sabtu & ahad aku ada modul Pembangunan Pelajar ngan pelajar² part 03. Seronok juga buat modul ngan durang nie.

Dalam sibuk² bermodul tu, aku lupa sekejap perkara² lain tu...termasuklah 'pasal tapau' tu. He3x.

After lunch aku balik umah...aku tak sedap hati. Call dan mesej tidak berjawab...ini mesti ada yang tak kena.

Then, salah satu mesej yang d'terima.

"stay aware from my life..."

Macam pernah ku dengar mesej ini...TAPI ini bukan kali pertama dia bagi aku mesej sebegini.

Mungkin dia masih marah...jadi biarkan jak dulu, aku bersiap dan turun ke Fast Track kelas Modul aku bersambung jam 2 petang till 5.30 petang.

Esok aku tak tau lagi apa akan jadi...habis modul badan terasa penat sangat dan aku tido awal malam tu.


03.08.08


Naik opis jap ambil sedikit bahan untuk modul bagi group ke dua pada hari ke-2 aku bermodul ngan pelajar part 03.

Pelajar dalam 20 orang, best gak sebab tak lah sesak macam first day...

Abis modul ada pelajar jumpa untuk jadi juri bagi saringan pertandingan Band...tapi aku rasa aku tak larat sebab badan rasa tak sedap dan nak sangat membaringkan diri untuk melegakan otot² yang sedang sakit nie...he3x.

Cerita pasal tapau tu sebenarnya tak habis lagi, sebab masih tak ada respond. Baru nak pejam mata ada pula mesej masuk...d'reply juga akhirnya. Lega ~ alhamdulilah.

Seingat aku dia bagi tau aku nombor aku dia dah d'delete...and kelmarin 02.08.08 adalah last mesej kunun d'hantar. Siap tanya lagi "siapa ni ar? wrong number"

what ever it is...sometimes akan ada saja kesilapan yang 'ter' dan bukan d'sengajakan...So, tiada kata secantik bahasa selain meminta maaf.

Maaf jugalah kalau dia 'ter' baca entri ini...dan bagi rakan² yang menyinggah d' Teratak ini .. macam biasalah inilah sebahagian dari lakaran kehidupan ku yang aku mau dia kekal di Teratak ini untuk aku baca² suatu hari nanti...mungkin ketika itu aku akan tersenyum sendiri bila membaca entri ini.

Esok Isnin aku nak pegi ke Pejabat Pengarah.

Isnin, 2008 Ogos 04

Tentang OG

Lama aku tidak menjengguk Teratak ini & lama juga aku tidak menulis d'sini.

aku ingin sekali menceritakannya disini...harap² dia tidak akan berkecil hati bila aku bercerita tentang perkara ini d'sini.

Mulanya aku terima call lebih kurang jam 2.19 petang 31 Julai 2008...Ingatkan nak tanya kat mana nak gantung 'banner'...rupanya tidak dan sangkaan aku meleset.

"Cik boleh tak malam nie minta tolong ngan JPK lain untuk baca yassin ramai²"
"Kenapa Nik...?!!
"... Bapa Og dah meninggal dunia
"Og Mana?
"Og kita..."

Ina Lillah wa inna lilla hira ji un

Mana Og?
dia tgh solat Cik...jawab si Nik

Petang itu aku sebenarnya ada 'keja sikit'...tapi aku terpaksa tangguhkan.

Dan aku bergegas ke Terminal 2 Airasia untuk berjumpa Og. Flight dia jam 3.45 petang...nasib sempat juga aku berjumpa dia.

Apapun, salam takziah untuk Og dan keluarga. Sama - samalah kita berdoa Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama - sama dengan orang yang beriman.

Al Fatihah...
Related Posts with Thumbnails
Creative Commons License

© New Blogger Templates | Webtalks