Isnin, 2008 Jun 23

Lebih Baik...

Meminjam kata² si Jai tengahari tadi...

"lebih baik berterus terang daripada mengelak"

aku tergelak besar...sebab terasa lucu pula bila dia bercakap macam tu. Ada benarnya dengan apa yang diperkatakannya...aku setuju.

Ni semua gara² dia tak dibantu basuh pinggan...he3x.

Sekarang ni, mungkin 'dia' juga perlu tahu sebab lebih baik berterus terang daripada mengelak.

Jangan buat² tak tahu sudah...sendiri mau ingat !!!

Ahad, 2008 Jun 22

Waktu itu

waktu dia ada tak dipandang
waktu dia ada tak diingat
waktu dia ada tak disuka

Tapi kenapa...

bila dia tiada baru dikenang
bila dia tiada baru diingat
bila dia tiada baru disebut
bila dia tiada baru kita terasa
dimana dia

waktu itu
jangan dibilang dia yang berubah
jangan dibilang dia yang punca
jangan dibilang apa²

perlukah kah ditunggu waktu dia tiada
sedang dia masih ada didepan mata dibuat² dia tiada
hanya waktu itu yang akan menentukan dimanakah dia
selepas itu...

Sabtu, 2008 Jun 21

Teruja

Errm...teruja juga aku dibuatnye...ialah kan benda baru bagi aku tapi tak tau lah bagi korang mungkin benda nie dah lama kot korang tau...he3x.

Habis aku try gambar² aku...saja jak untuk hiburkan hati...seronok lah juga.

Terima kasih pada empunya blog 'akusape' sebab dari blog dialah aku dapat website nie...he3x. Bagi yang nak mencuba 'keterujaan' seperti mana yang aku rasa...bha singgah lah di Photofun
















Jumaat, 2008 Jun 20

Bersedia atau Tidak

Lusa sudah hari pendaftaran aku, aku lum buat apa² persediaan lagi untuk itu...bukan aku tak bersedia untuk menjadi seorang yang bergelar 'pelajar' tapi aku agak sibuk sejak kebelakangan ini.

Harap² semuanya akan berjalan dengan baik...dan aku harap aku dapat mengimbanginya semuanya. Sibuk itu sudah pasti.

Erm...last entri aku 'Apa kata Hati'...aku nak juga ucapkan terima kasih pada mereka yang sudi tinggalkan komen.

Hujung minggu nie aku dan staf lain macam biasalah kerja seperti biasa...aku mau 'menyibukkan' diri aku.

adalah sebabnya...

Rabu, 2008 Jun 18

Apa Kata Hati

Last Entri aku tulis pada 16 Jun...dan aku tak tahu samada memang 'dia' ada membaca entri itu atau tidak...nak mengharap untuk 'dia' membacanya, aku tak lah mengharapkannya sangat. Tapi mungkin 'dia' ada membacanya...

D'Teratak ini adalah tempat untuk aku bersantai...tempat aku beristerehat dan tempat untuk bercerita tentang apa saja. Macam dulu yang pernah aku katakan...aku akan menulis tentang apa yang aku nampak, apa yang aku dengar dan apa yang aku rasa...tapi bukan cerita direka bagi menyedapkan rasa, ia adalah cerita sebenar.

Mungkin apa yang tertulis itu adalah apa yang aku rasa pada ketika itu...dan pastinya tak sama dengan apa yang aku rasa pada saat ini.

Pada 'dia' aku meminta maaf kalau apa yang aku tulis itu membuatkan 'dia' tidak menyenanginya. Hakikatnya aku tahu 'dia' tak mahu semua ini berlaku, cuma mungkin aku saja yang selalu 'fikir yang bukan²' macam yang selalu diperkatakannya. Mungkin jugalah...

Aku sembunyi macam mana sekali pun, 'dia' tahu siapa aku sebenarnya sebab katanya ini bukan kali pertama.

Dan aku juga mahu 'dia' tahu untuk kesekian kalinya
tak mungkin aku bisa melupakan segalanya seperti mana yang aku 'tulis' pada entri 16 Jun lalu...kerana kita pernah bicara tentang semua ini...

d'mulut berkata "YA" tapi dihati berkata "TIDAK"

'Dia' tahu apa maksudnya...

Isnin, 2008 Jun 16

Berat Mata Memandang

11 Jun 2008...tarikh keramat yang akan ku ingat.

"aku mau ko tarik balik semua kata² mu pasal tadi"
"pasal apa?"
"semua pasal tadi..."

Itu antara 'ayat' yang ku ingat...dan masih bermain difikiran ku sehingga saat aku menulis entri ini.

Kenapa aku mudah sangat simpati...kenapa aku tiada kekuatan diri...aku bengang sendiri. Sedangkan itulah keputusan yang sepatutnya aku pertahankan...yang sepatutnya aku teruskan bagi melepaskan diri dari 'situasi' yang membuatkan aku hilang kosentrasi.

Hari ini...'situasi' itu datang lagi...dan macam biasa aku bengang sendiri. Aku diam.

"Ya Allah...berikan aku kekuatan"

Disetiap doaku aku meminta agar aku bisa melupakan semuanya...tapi bilakah akan berakhirnya semua ini...

"Permudahkan aku Ya Allah, bantu lah aku untuk menghadapi semua ini"

Aku cuba lagi untuk kali ini...InsaAllah. Amin.

Ahad, 2008 Jun 15

Ambuyat

Perkataan Ambuyat tidak asing lagi bagi ku dan juga bagi sesiapa pun yang pernah mendengarnya, apatah lagi yang pernah memakannya. Ambuyat adalah sejenis makanan...he3x.


muka serius jak kan...sebab first time makan ambuyat...hehehe
yang baju hitam tu nampak teruja sebab dia memang suka makan ambuyat...


aku geram sebab aku tak dapat nak gulung ambuyat tu...tengok macam baju pink tu...Bikin panas...tapi baju ku tu yang mahal ~ kuang kuang kuang...

Harap² akan dapat lagi merasa ambuyat...makan ramai² baru best...

Bapa

Semua pun tahu hari ini adalah 'Hari Bapa'...erm dan aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari bapa kepada 'Bapaku'...Pendik Bin Kulambong. Terima kasih atas segalanya. Hanya Allah sahaja yang bisa membalasnya...

sebagai anak kami sentiasa mendoakan...semoga akan sentiasa diberikan kesihatan, dipanjangkan usia dan keselamatan di Dunia & Di Akhirat. Amin.

Apapun, setiap diantara kita punya persepsi tentang orang tua kita masing²...yang pastinya semua mereka yang bergelar ibubapa menginginkan yang terbaik untuk anak² mereka...:)

OPssTT ...Tahniah juga pada rakan² yang baru sahaja bergelar Bapa atau Ayah pada hari ini kerana menyambut keluarga baru dalam keluarga kalian.

Sabtu, 2008 Jun 14

Hepi Time

Erm...hari ini kami buat aktiviti makan²...kelmarin telah buat sedikit perbincangan kecil² berkenaan dengan program kitaorang tuk hari ini. Plan asalnya nak buat hari Jumaat minggu depan, tapi tak jadi...sebab takut terlalu busy lak time tu. Fulamak...akhirnya terlaksana jua perancangan yang telah tertangguh setelah sekian lama....he3x.

Wow rajinnya ~ he3x



kacang bendi yang sedang direbus...sambal belacannya dah sedia menanti.

Errrm !!!

tukang bakar ikan...kekekeke!!!

Opstt inilah sebahagian dari makanan yang nak diterjah...

Ikan bakar kumpulan pertama yang telah siap d'bakar...he3x.


time ni kami tgh sarapan kat dalam ...jadi tukar shif sekejap...durang pula kena jaga ikan yang tengah di bakar tu...

Tenaga kerja yang bertungkus lumus untuk menyiapkan bara untuk kerja² membakar ikan..:)

Persiapan awal...tapi agak terkejut gak bila beras cap roda melonjak harga gi RM 28.00 ...

bakar sotong ...

Senyum....hehehe !!! baju PiNk tu adalah petugas membakaR iKaN, baju HiTaM petugas² khas...yang bertudung tu kitaoranG punya 'master planner'...jeng²

ikan² yang sedang menunggu giliran tuk d'bakar...

Alhamdulillah...hari ini nampaknya kenyang bangat...lagi pun sebelah petang sempat lagi makan 'ambuyat'. Aku selitkan jugalah nanti 2 atau 3 keping gambar time tengah makan ambuyat.

Isnin, 2008 Jun 09

Bisakah

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi yang tinggal untuk aku dan team aku menyiapkan kerja² yang perlu disiapkan sebelum mendaftar pelajar² baru. Sabtu dan Ahad pun terpaksa kerja bagi memastikan semuanya berjalan seperti yang di rencana.

Banyak benda lagi yang nak di settlekan. Tapi kena settlekan satu persatu...teringat kata 'Boss' aku..."masalah yang kita ada jika kita tak selesaikan satu² ianya tak akan selesai sampai bila²".

Aku dalam masa yang sama sebenarnya cuba untuk menyibukkan diriku dengan kerja² ini..tak mahu 'situsai' seperti apa yang aku ceritakan pada entri ku sebelum ini menguasi diriku. Jujurnya aku hilang kosentrasi...siapa pun pasti akan menghadapi perkara yang sama jika dalam situasi begini.

Aku mencari ruang dan peluang untuk aku melepaskan diri dari 'situasi' ini. Bila dan bagaimana aku pun tak tahu...cuma berserah padaNya. Ya Allah Kuatkan aku dalam mengharungi semua ini.

Semoga aku bisa kembali seperti dahulu...InsaAllah, Amin.

Ahad, 2008 Jun 08

Yang Belum Pasti

Bumi mana tidak di timpa hujan
Laut mana tidak bergelora

Hati mana yang tidak pernah gunda
Jiwa mana yang tidak pernah merana

...aku tidak boleh lari dari berhadapan dengan permasalahan itu, apapun aku kena hadapi...tidak hari ini mungkin esok atau lusa ia tetap akan aku hadapi jua. Cuma mungkin aku belum bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini.

Aku menarik nafas sedalam²nya...

InsaAllah semua ini pasti ada hikmahnya...cuma berikan aku sedikit waktu untuk aku melupakan, untuk aku memulakan suatu kehidupan baru tanpa memikirkan lagi tentang 'dunia mu'.

Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali

Nota Kecil

Sabtu, 2008 Jun 07

Saat Ini

Hari ini aku merasakan kerinduan yang teramat sangat pada keluarga di kampung. Hati ku bagikan terusik bila melihat satu persatu wajah² orang yang ku sayang di dalam gambar kenangan.

Aku cuba mencari ruang untuk aku pulang, tapi masa buat masa ini tidak mengizikan aku untuk bertandang ke kampung halaman.

Aku juga ingin memohon maaf pada saudara mara yang sedang melangsungkan majlis perkhawinan kerana tidak dapat bersama...doaku dari jauh, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Buat saudaraku yang telah pergi ke Rahmatullah...Al- fatihah. Semoga ditempatkan bersama² dengan orang² yang beriman. Amin.

Apapun, aku disini tetap meneruskan kehidupan ku seperti biasa, meskipun dalam masa terdekat ini banyak juga perkara² yang terpaksa aku tempuhi dan aku perlu kuat untuk menghadapi semua itu.

aku meminjam kata² ini...
Hilang harta hilang sedikit
Hilang Cinta Hilang separuh
Tapi bila Hilang Semangat akan hilang semua

Jadi, apapun yang berlaku...kita kena kuatkan semangat.

Dan satu lagi yang aku pelajari dari apa yang ku perhati...'Don't Complaint'

Hakikatnya

Bagaikan tak percaya, bila terbacakan entri ini...



Apapun, terima kasih kerana 'mengingatkan' aku tentang semua itu...aku tidak pernah terlintas untuk menyakitkan hati sesiapa pun...Andainya ada yang terasa dengan perilaku ku yang tidak menyenangkan hati kalian. Aku memohon maaf...:(

Aku
diluah mati emak
Ditelan mati bapa

sekadar cuitan rasa :: Hanya aku yang Mampu ~ Menjaga Hati ~ JaNgan biLaNg Tidak
Related Posts with Thumbnails
Creative Commons License

© New Blogger Templates | Webtalks